Friday 23 March 2012

#1:Post Pertama...

Jumaat petang..
Sedang cuba untuk tidak bermalasan di depan PC di dalam ofis yang sedang membeku sekarang ni...
Blog baru...dengan harapan isi-isi dan isu-isu di sini lebih matang dan lebih bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain(kalau la ada pembaca kan..huhu)
Cadangnya blog ini ingin dibangunkan dan dikembangkan bersama cinta hati(suamiku) tetapi belum berkesempatan untuk bercerita kepada dia...

Sekarang sedang menyusun kembali kedudukan kewangan...asyik menyusun ntah bila akan berhenti...
Mungkin akan cuba berkongsi apa yang selalu sangat disusun kewangan itu...
Salah satu azam tahun ini yang melibatkan kewangan secara sipi-sipi sudah selesai...alhamdulillah...
Sedang menyusun kewangan  sehingga tahun hadapan, terdetik di hati untuk berazam TIADA PENGGUNAAN KAD KREDIT MULAI JANUARI 2013 (kecuali beli tiket AirAsia...hahah)
Mungkin ini juga boleh dijadikan satu perkongsian satu hari nanti...perjalanan hidup tanpa kad kredit...
Membayangkannya seperti akan mengalami kesukaran tetapi hati terdetik lagi, jika berhutang tapi tidak sempat bayar...hmmm...

Ditinggalkan blog sehingga post yang lain...Assalamualaikum...